“Ini Kali Pertama Saya Rasa Viral” - Yusry Abdul Halim

Selepas lebih sedekad aktif di belakang tabir sebagai pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim mengakui kemunculannya dalam drama Dendam Seorang Mentua memberi pengalaman baharu yang tidak pernah dijangka sepanjang bergelar anak seni.

Menurut Yusry, 52, inilah kali pertama dia benar-benar merasai fenomena tular atau 'viral' yang sering menjadi bualan masyarakat hari ini.

"Ini kali pertama dalam hidup saya rasa macam mana viral itu. Zaman saya dulu mana ada viral.

"Dulu kalau orang tengok pun, kita kena turun padang dulu baru orang ramai kenal dan tahu. Tapi sekarang lain.

"Jadi ini pengalaman pertama saya rasa sendiri benda itu. Agak susah juga nak hadam dan faham," katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, anggota kumpulan KRU itu berkata dia mengambil keputusan kembali berlakon selepas berehat daripada dunia pengarahan selain mahu mencuba sesuatu yang berbeza.

"Salah satu sebabnya kerana tahun lepas saya ambil rehat daripada kerja belakang tabir sebab ada konsert.

"Bila fikir balik, saya sudah lama sangat di belakang kamera, jadi kenapa tidak cuba buat sesuatu yang lain pula," ujarnya.

Meskipun teruja kembali di hadapan kamera, Yusry mengakui dia sebenarnya seorang yang mudah berasa gementar dan kurang yakin terhadap diri sendiri.

"Sepanjang bersama KRU dari awal sampai 2018, sebenarnya saya tidak begitu selesa berada di atas pentas.

"Saya rasa insecure dan takut. Tahun lepas baru saya rasa semula keterujaan membuat persembahan.

"Jadi saya fikir mungkin sudah sampai masa untuk cuba berlakon semula dan tengok bagaimana hasilnya," katanya lagi.

Sumber: mStar



0 Comments

|

6 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content