Intan Ladyana Buka Mulut Dakwaan Suami Curang

Pelakon, Intan Ladyana tidak menyokong perbuatan yang salah berhubung dakwaan suaminya, Harris Aliff berlaku curang selepas tular rakaman perbualan romantis bersama seorang wanita dalam sebuah permainan video atas talian.

Intan atau nama sebenarnya, Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 44, berkata perkara yang salah tetap salah dan mereka perlu tahu batasannya.

"Sebagai isteri, apa yang saya boleh katakan ialah saya bukan 'enabler' (penyokong atau membiarkan).

"Apa yang salah itu tetap salah dan apa yang betul tetap betul, jadi kena tahu batas sendiri," katanya ketika ditemui pada majlis Macam-Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment, di sini, semalam.

Pelakon filem Adnan Sempit itu berkata, dia juga tidak tahu mengenai permainan video atas talian mahupun wanita berkenaan dan hanya mengetahuinya selepas isu terbabit tular.

"Tidak (tak kenal wanita itu) sebab saya tak main permainan video. Game apa pun saya tak tahu. Ya, selepas tular isu ini baru saya tahu.

"Saya tak adalah nak salahkan wanita itu atau Harris, tetapi mereka sendiri perlu tahu.

"Kalau mereka rasa apa yang mereka buat itu salah atau betul, itu adalah pandangan masing-masing. Mereka yang kenal diri sendiri," katanya.

Ditanya, sama ada dia dan Harris berbincang mengenai isu terbabit, Intan berkata, isu seperti itu tidak akan berulang,

"InsyaAllah, tidak akan terjadi lagi," katanya.

Pada masa sama, katanya, dia juga tidak meletakkan sebarang syarat kepada Harris untuk meneruskan permainan terbabit tetapi menegaskan tentang batas pergaulan.

"Tak adalah (letak syarat untuk Harris). Macam saya, saya tahu batas saya dan dia tahu batas dia. Tak bolehlah nak terlalu mengawal, tapi diri sendiri kena tahu.

"Walaupun dalam permainan video atau pun berlakon, kita kena tahu batas. Kita sendiri kena ada kefahaman tentang hal itu," katanya.

Terdahulu, nama Harris menjadi bualan hangat warganet di media sosial selepas tular beberapa potongan klip video memaparkan dirinya sedang melakukan sesi penstriman langsung (live streaming) permainan video.

Dalam klip terbabit, Harris dilihat menggunakan nada suara yang dianggap 'romantik' serta mesra terhadap pemain wanita lain sekali gus mencetuskan perdebatan ramai kerana statusnya yang sudah berkahwin.

Untuk rekod, Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata.



0 Comments

|

7 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content