Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Datuk Remy Ishak menjelaskan tindakan meninggalkan emoji mata berbentuk hati pada hantaran pelakon Indonesia, Aghniny Haque dilakukan dengan pengetahuan isteri, Datin Ezza Yusof.
Remy atau nama sebenar, Mohammad Zalimei Ishak, 43, berkata tidak timbul isu dalam perkara itu kerana hubungan bersama isterinya bersifat telus tanpa sebarang rahsia, sekali gus menepis tanggapan negatif segelintir netizen.
"Isteri saya adalah orang yang paling tahu semua perkara berkenaan saya. Isteri saya juga tanya kenapa mereka (netizen) ini pelik-pelik.
"Setiap tindak tanduk yang saya lakukan memang hubungan kami sebagai suami isteri sangat telus dan tidak ada berselindung.
"Saya berlakon dengan siapa, malah foto tular saya buat dengan janaan kecerdasan buatan (AI) sebelum ini juga saya beri dulu kepada isteri untuk tanya sama ada okay atau tidak," katanya ketika ditemui pada tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, Mikael: Pemburu Dua Alam di GSC Midvalley Megamall, di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut, Remy berkata aktres dari Indonesia itu adalah gandingannya dalam filem Khadam.
"Itu heroin saya dalam filem Khadam. Orang tak tahu, tapi takkanlah semua perkara saya perlu beritahu. Masyarakat kalau boleh nak tahu semua berkenaan saya, tapi bukan semua boleh berkawan dengan saya.
"Apabila mereka tak dapat tahu mulalah buat cerita yang tak bagus. Saya tidak perlu terangkan kepada semua siapa kawan saya atau balas apa-apa. Mereka tidak perlu tahu pun," katanya.
Sebelum ini, tindakan Remy yang meninggalkan emoji pada hantaran Aghniny di Threads mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang menganggap ia kurang sensitif terhadap isterinya.
Bagaimanapun, Ezza dilapor tampil menjelaskan komen itu dibuat sebagai sebahagian daripada usaha mempromosikan filem Khadam yang menampilkan gandingan Remy bersama Aghniny.
Dalam perkembangan lain, Remy hadir dengan filem baharu berjudul Mikael: Pemburu Dua Alam yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara, mulai esok.
Filem menggabungkan elemen aksi, komedi serta dunia ghaib itu turut dibintangi Noreen Iman, Fabian Loo, Alicia Amin, Amir Nafis dan Ahirine Ahirudin.
Sumber: Harian Metro
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|116 Views
No Comments yet
Be the first to comment.