Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Pelakon, Kamal Adli, menyelar tuduhan tidak berasas seorang netizen yang mendakwa anaknya, Hawra Uqaira, bukan anak kandungnya.
Menerusi kemaskini di Threads, Kamal memberikan peringatakan kepada orang ramai agar berpada-pada dalam setiap pertuturan.

"Salam. Ini sangat-sangat melampau. Terlalu melampau untuk manusia normal dan sebagai muslim.
"Itu anak kandung saya. Tolong manusia, kalau takde apa baik dan tulis... Please jangan sampai level ni," tulisnya.
Sejak kebelakangan ini, kes perceraian Kamal dan Uqasha Senrose menjadi topik perbincangan hangat netizen di semua platform media sosial.
Keadaan semakin panas apabila ada yang mengungkit semula kisah silam pasangan itu sebelum mereka ini mendirikan rumahtangga.

"Nak minta tolong boleh? Boleh tak minta ihsan korang atau siapa-siapa stop post pasal past saya dan Uqasha yang tak baik.
"Sebab tak baik untuk Hawra Uqaira. Kesiankan kami. Maaf sangat-sangat. Allah bless you all," tulis Kamal dalam hantaran yang lain.
Sekadar rujukan, Uqasha telah memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu. Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam satu majlis di Janda Baik, Pahang.
Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia 19 bulan.
Terdahulu, prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pasangan itu yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis gagal mencapai kata sepakat apabila Kamal enggan melafazkan cerai.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh baharu iaitu pada 12 Januari 2026 bagi kedua-dua pihak menjalani proses hakam keluarga.
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|159 Views
No Comments yet
Be the first to comment.