Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Kemelut melibatkan pelakon Izreen Azminda dan juga bekas madu akhirnya diselesaikan secara baik selepas berlarutan selama tiga tahun.
Berkongsi perkara tersebut, Izreen atau Izreen Azminda Aznam, 41, berharap hubungannya bersama Intan Salleh akan menjadi lebih baik tanpa sebarang sengketa berpanjangan.
"Akhirnya pertikaian antara kami dapat diselesaikan secara baik. Harapan saya agar selepas ini, hubungan yang terjalin dapat lebih terpelihara demi kebahagiaan kita bersama terutamanya untuk anak-anak," katanya.
Izreen memaklumkan perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagram pada Selasa.
Dalam hantaran berkenaan, dia turut memuat naik foto berpelukan bersama Intan.
Mereka berdua bertemu ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin bagi prosiding kes saman fitnah yang difailkan pada tahun 2023.
Dalam pada itu, Izreen memberitahu dia tidak akan menulis sebarang kenyataan yang boleh menyentuh atau berkaitan dengan mana-mana pihak di sosial media.
"Segala perkongsian atau penulisan saya selepas ini adalah bersifat peribadi dan tidak merujuk kepada mana-mana pihak," ujarnya.
Sementara itu, peguam yang mewakili Izreen iaitu Muhammad Hafiz Hood ketika dihubungi memberitahu kedua-dua pihak sebelum ini telah melakukan beberapa kali perbincangan sebelum hadir ke mahkamah.
Malah, penyelesaian itu diselesaikan secara sepakat tanpa sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak.
"Semalam (Isnin) dapat dimuktamadkan semua pihak bersetuju untuk berdamai. Tiada sebarang tuntutan dibuat dan kes ditarik semula.
"Sebelum hadir ke mahkamah semalam ada beberapa kali sesi perbincangan dan mereka pun sama-sama mahu selesaikan secara baik," ujarnya.
Izreen sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap Intan atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.
Kemelut antara mereka juga berlarutan apabila masing-masing saling membalas kenyataan di media sosial.
Untuk rekod, Izreen mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Radzi Abdi Wahid atau Ude pada 8 Ogos 2017.
Ude sebelum itu pernah berkahwin dengan Intan 1 Mac 2013 namun bercerai pada 22 Mac 2018.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|23 Views
No Comments yet
Be the first to comment.