Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Pelakon dan pengacara, Jaa Suzuran, mengakui dia kini lebih berhati-hati apabila mendekati mana-mana wanita selepas berdepan pengalaman pahit sebelum ini.
Jaa atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Ahmad, 32, berkata, niat ikhlasnya untuk mengenali seseorang secara peribadi bertukar menjadi igauan ngeri apabila ia dijadikan bahan tontonan umum di media sosial.
"Kalau cakap pasal nak 'try' orang, itu memang saya trauma. Saya pernah cuba dekati seseorang dulu. Memang saya suka dia dan niat saya ikhlas untuk berkenalan.
"Saya hanya tegur dengan ucapan 'Hai, Assalamualaikum' saja, tetapi wanita itu bertindak untuk 'screenshot' atau menangkap layar perbualan tersebut dan memuat naiknya di Instagram Story," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Filem Tiket Sehala di Majestic Marine @ Confetti, Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Jaa, tindakan individu terbabit seolah-olah mahu menjaja usahanya untuk berkenalan meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya.
"Dia seolah-olah nak beritahu orang yang saya cuba nak mengorat dia. Kalau tak nak layan, tak payah balas. Tak perlu pun sampai nak menangkap layar.
"Bila dah terkena begitu, saya jadi takut. Rasa trauma itu sampai sekarang, saya jadi takut kalau kena tangkap layar lagi," katanya.
Meskipun adik perempuannya, Raa Suzuran giat mempromosikan Jaa sebagai calon suami di aplikasi Threads, pelakon Soloz: Game Of Life ini mengakui dia tidak mengambil serius mengenai perkara tersebut, malah hanya menganggapnya sebagai bahan jenaka.
"Saya ada tengok Threads adik saya itu, lepas itu saya ketawa. Saya kongsikan semula hantaran itu dan saya tak baca pun komen-komen yang ada.
"Takkanlah dalam ramai-ramai itu ada yang serius? Tak logik rasanya. Mana ada perempuan yang mahu menawarkan diri mereka secara terbuka di ruangan Threads.
"Ego wanita ini tinggi. Mereka tak akan sesekali buat begitu. Saya tahu perkara ini kerana sudah banyak kali 'berperang' dengan ego wanita dan selalunya, saya yang kalah," katanya.
Dalam perkembangan lain, Jaa bakal tampil menerusi filem Tiket Sehala mengenai mangsa sindiket penipuan kerja di luar negara yang bakal ditayangkan Ogos nanti.
Selain Jaa, filem ini turut dibintangi pelakon popular tanah air antaranya Sharifah Sakinah, Noki K-Clique, Hasnul Rahmat dan Zaki Yamani.
Sumber: Harian Metro
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|122 Views
No Comments yet
Be the first to comment.