Jamal Abdillah Kena Bedah, Mungkin Sambut Aidilfitri Di Hospital

PENYANYI Datuk Jamal Abdillah kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang selepas disahkan mengalami masalah hernia (angin pasang).


Perkara itu disahkan sendiri oleh isterinya iaitu, Datin Zai Izzati Khiruddin, 29, yang memaklumkan suaminya sedang melakukan pembedahan sekitar pukul 11 pagi Khamis. 


Kata Izzati, gejala itu mula dikesan sewaktu Jamal atau Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 67, sedang membuat persembahan pada awal Ramadan lalu dan merasakan kesakitan di bahagian bawah perut. 


"Sebenarnya baru saja dikesan pada awal Ramadan lalu. Waktu itu dia sedang membuat persembahan dan tiba-tiba mengadu sakit di bahagian bawah perut. 


"Kami terus buat pemeriksaan di hospital dan doktor ambil keputusan untuk melakukan pembedahan segera. Dah tak ada cara lain. 


"Buat masa ini suami saya masih lagi berada di dalam bilik bedah sejak pukul 11 pagi tadi. Doakan semoga urusan pembedahan berjalan lancar," katanya ketika dihubungi mStar. 


Dalam pada itu, Izzati memberitahu suaminya mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan tersebut di sebuah pusat perubatan swasta di Pulau Pinang. 


Malah, Izzati tidak menafikan kemungkinan mereka menyambut Aidilfitri di hospital. 


"Kami melakukan pembedahan di hospital di Pulau Pinang sebab kebetulan suami saya ada persembahan di sini. 


"Lagipun kalau buat di Kuala Lumpur takut lambat. Suami saya perlu melakukan pembedahan ini secepat mungkin sebab bulan depan dia dah mula sibuk dengan persembahan pentas. Takut proses pemulihan lambat. 


"Mungkin juga kami terpaksa beraya di hospital. Kalau boleh memang dia nak balik tapi saya minta duduk di hospital dulu takut ada pendarahan atau komplikasi lain," ujarnya.


Sumber: mStar



0 Comments

|

80 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content