Jinggo Beri Tempoh 24 Jam, Berang Dakwaan Rumah Tangga Tidak Serasi Dengan Sheila Rusly
- #hiburan
- #tempatan
- #selebriti
- #jinggo
- #sheilarusly
- #portaltulisheadlinekeliru
- #tunjukbukti
Penerbit dan pengarah terkenal, Jinggo tampil memberi amaran kepada sebuah portal yang didakwa menyiarkan tajuk mengelirukan sehingga mencetuskan tanggapan kononnya rumah tangganya dengan pelakon dan pengacara Sheila Rusly sedang bermasalah.
Jinggo atau Azman Yahya, 60, menegaskan dakwaan bahawa mereka tidak lagi serasi sebagai suami isteri adalah tidak benar dan meminta pihak terbabit mengemukakan bukti berhubung perkara tersebut.
“Tok Sidang bagi awak 24 jam, sila buktikan dekat mana tak serasi itu sebelum awak Tok Sidang ‘kerasian’.
“Jemput semua yang nak tumpang ‘kerasian’, dipersilakan,” katanya menerusi satu hantaran di Threads.
Perkongsian itu dibuat selepas beliau menemui sebuah artikel yang menggunakan tajuk berkaitan kenyataan “Kami tak ada keserasian – Sheila Rusly”, sekali gus mengundang pelbagai andaian dalam kalangan pembaca.
Dakwa Tajuk Mengelirukan
Bagaimanapun, berdasarkan semakan, tajuk berkenaan dipercayai digunakan sebagai strategi umpan klik (clickbait) untuk menarik perhatian pembaca sebelum diarahkan ke pautan afiliasi yang disertakan dalam artikel tersebut.
Situasi itu menyebabkan ramai menyangka hubungan Jinggo dan Sheila berdepan masalah, sedangkan hakikatnya kenyataan sebenar tidak merujuk kepada keretakan rumah tangga mereka.
Tindakan portal berkenaan turut mengundang rasa kurang senang Jinggo yang menganggap ia boleh menjejaskan reputasi serta menimbulkan persepsi negatif terhadap keluarganya.
Untuk rekod, Jinggo dan Sheila Rusly mendirikan rumah tangga pada April 1995 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Uzair Haqimy, 30, dan Luth Mikhail, 25.
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|15 Views
No Comments yet
Be the first to comment.