Johnny Depp Sedia Kembali Sebagai Jack Sparrow, Tapi Ada Syarat!
- #FilemAntarabangsa
- #Hollywood
- #PiratesOfTheCaribbean
- #JackSparrow
- #JohnnyDepp
Pelakon Hollywood, Johnny Depp, memberi bayangan bahawa dia bersedia kembali menghidupkan watak ikonik Kapten Jack Sparrow dalam filem Pirates of the Caribbean 6, selepas hampir sedekad tidak muncul dalam francais popular itu.
Bagaimanapun, Depp, 63, menegaskan kepulangannya bergantung kepada jalan cerita yang mampu memberikan pengakhiran lebih baik kepada francais berkenaan.
Menurutnya, dia juga tidak keberatan bekerjasama semula dengan penerbit Jerry Bruckheimer, yang dianggap sebagai sahabat rapat dan individu yang sangat dipercayainya dalam industri perfileman.
Bruckheimer sebelum ini mengesahkan perbincangan bersama Depp sedang berlangsung, selain memaklumkan bahawa skrip filem keenam masih dalam proses pembangunan.
Depp kali terakhir membawakan watak Jack Sparrow menerusi Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales pada 2017. Masa depannya dalam francais Disney itu menjadi tanda tanya susulan kontroversi perundangan bersama bekas isterinya, Amber Heard.
Walaupun kepulangannya belum disahkan secara rasmi, kenyataan terbaharu Depp kembali menghidupkan harapan peminat untuk menyaksikan Kapten Jack Sparrow belayar sekali lagi di layar perak.
Sumber asal:
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|13 Views
No Comments yet
Be the first to comment.