"Kalau Mak Maafkan, Saya Pun Maafkan" - Atu Zero

Pelawak Atu Zero menegaskan abangnya Sharif perlu bertemu ibu mereka untuk memohon maaf terlebih dahulu jika ikhlas mahu menjernihkan hubungan antara mereka yang dilanda kemelut.


Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif, 34, berkata dia sedia memaafkan Sharif sekiranya ibu mereka turut berbuat demikian kerana sudah mengetahui cerita sebenar.


"Datanglah, tetapi jangan datang jumpa saya. Datang jumpa mak saya sebab mak sudah tahu cerita ini. Minta maaf dengan mak. Kalau mak maafkan, saya pun maafkan," katanya.


Menurut Atu, dia menyedari tindakan Sharif membuat permohonan maaf secara terbuka dalam sebuah program hiburan, baru-baru ini, namun menyifatkan ia hanya sekadar hasrat tanpa sebarang tindakan susulan.


Malah, Atu mendedahkan tiada sebarang usaha daripada pihak abangnya untuk menghubungi atau menemuinya selepas video itu tular.


"Saya hanya menonton separuh sahaja video itu selepas ada orang 'tag' nama saya. Tiada apa-apa (tindakan) sebab dia tidak hubungi saya pun.


"Yalah, dia yang buat salah. Saya tidak buat salah pun, tapi sebagai adik, kita kena maafkan. Kalau tidak, lambat masuk syurga nanti, jangan main-main," katanya.


Mengulas mengenai dakwaan kononnya mereka sering terserempak ketika bermain bola sepak atau di acara hiburan, Atu menafikan perkara itu.


Malah, Atu mendakwa percubaannya untuk menegur abangnya ketika bertemu di sebuah majlis sebelum ini menemui jalan buntu apabila Sharif didakwa menghilangkan diri.


"Saya tegur, tapi dia menghilang. Takkan saya nak tegur dinding. Mungkin hijab saya tertutup, jadi saya tak nampak (dia di padang bola). Mungkin juga masing-masing tak perasan," katanya.


Biarpun hubungan adik-beradik itu kini dingin, Atu mengakui masih merindui kumpulan Zero dan berharap ada sinar baharu untuk mereka kembali bersatu.


"Kalau berkumpul untuk saling menyakitkan hati, saya tak rindu. Tapi kalau berkumpul secara baik, mestilah rindu.


"Kali terakhir kami beraksi di atas pentas adalah pada 2019. Insya-Allah, saya juga mengharapkan ada sinar baharu sebab orang ramai pun masih menunggu kemunculan kami," katanya.


Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

178 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content