Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Sesi siaran langsung pelawak, pengacara dan pelakon, Zizan Razak bersama Ira Kazar mencuri perhatian apabila Zizan secara spontan meniru gaya dan suara Syamsul Yusof.
Walaupun Ira menegur bahawa perbuatan tersebut tidak wajar, dia dilihat tidak dapat menahan ketawa terhadap gelagat Zizan.
Situasi itu kemudian disambut dengan gurauan Zizan yang berkata, "Kenapa gelak? Rindu lah tuu,".
Ia sekali gus mengundang reaksi pelbagai daripada penonton siaran langsung berkenaan.
Interaksi antara Ira dan Zizan turut menerima pelbagai komen daripada netizen yang mengatakan kedua-dua mereka kelihatan serasi.
Konflik rumah tangga antara Ira dan Syamsul terus menjadi bualan ramai selepas hubungan mereka berakhir dengan perceraian.
Pasangan itu sebelum ini bernikah di Thailand pada Januari 2023, namun disahkan bercerai talak satu pada September 2024 selepas Syamsul memfailkan permohonan cerai susulan dakwaan pelanggaran taklik oleh Ira menerusi media sosial.
Sumber: Xtra
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|163 Views
No Comments yet
Be the first to comment.