Kerusi Melayang, Ahli Parlimen Armenia Bertumbuk Dalam Dewan

Sidang Parlimen Armenia bertukar kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang terlibat dalam pergaduhan fizikal sehingga sebuah kerusi dilemparkan pada Khamis.

Kekecohan bermula selepas wakil parti pemerintah, Taron Chakhoyan menyentuh isu keluarga pemimpin pembangkang, Narek Karapetyan, ketika menyampaikan ucapan.

Pertikaman lidah kemudian bertukar menjadi pergelutan apabila beberapa wakil rakyat saling bertolak dan bertumbuk. Rakaman kejadian turut menunjukkan Timbalan Speaker, Vahagn Aleksanyan, melemparkan sebuah kerusi ke arah wakil pembangkang.

Beberapa Ahli Parlimen dilaporkan cedera, termasuk seorang wakil pembangkang yang mengalami pendarahan hidung. Persidangan akhirnya ditangguhkan sementara dan anggota keselamatan dipanggil untuk mengawal keadaan.

Perdana Menteri Armenia, Nikol Pashinyan mengecam keganasan tersebut, namun menyalahkan pihak pembangkang atas insiden berkenaan. Wakil pembangkang pula mempertikaikan kegagalan kepimpinan dewan menghentikan pertengkaran lebih awal.

Sumber asal:



0 Comments

|

34 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content