"Kun Fayakun, Suatu Hari Nanti Kena Pada Keluarga Sendiri" - Azad
- #tempatan
- #hiburan
- #selebriti
- #terukdikecam
- #ttmm2
- #talktomymanager
- #eirasyazira
- #amarra
- #azadjasmin
Penyampai radio dan pelakon Pak Azad tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa apabila anak sulungnya terus menjadi sasaran kecaman netizen di media sosial.
Menurut Azad Jasmin, 50, setiap kata-kata yang ditulis di alam maya mempunyai kesan tersendiri dan boleh kembali kepada individu yang mengeluarkannya.
"Kadang-kadang ayat yang ditulis memberi contoh buruk kepada budak usia 13 tahun. Berhati-hatilah sebelum bercakap. Kita tidak tahu, mungkin perkara yang sama akan berlaku kepada keluarga kalian satu hari nanti.
"Kepada mereka yang suka maki hamun dalam media sosial ini, ingat pesanan saya, kun fayakun... ia akan kembali semula kepada anda suatu hari nanti," katanya kepada mStar.
Luahan itu dibuat selepas anak sulungnya, Amarra Sophie Rose, 13, menerima pelbagai komen negatif susulan penyertaannya dalam program realiti Talk To My Manager 2.
Azad turut mendedahkan ada individu yang melampaui batas sehingga menghina dirinya dan anak secara terbuka.
"Ada satu komen itu saya tengok, saya balas balik. Dia tulis 'anak pun bangang, bapa pun bangang'. Itu bukan lagi tahap memberi nasihat, itu sudah melampau.
"Ada juga yang tuduh saya guna kabel dan suruh anak saya menyanyi lagu balada. Saya ini bapa dan pengurus dia, saya lebih tahu apa kelebihan dan kekurangan dia," ujarnya.
Sebagai seorang ayah, Azad mengakui hatinya terguris apabila melihat anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang menjadi bahan cemuhan orang ramai.
"Sebagai ayah yang melihat sendiri isteri potong perut berkali-kali, saya menangis tengok cara dia beranak. Takkanlah orang kecam anak saya, saya tidak terasa?
"Tetapi bagi saya, kecaman ini sebenarnya menguatkan kami setiap hari. Ia tidak akan menggoyangkan saya dan isteri kerana sudah dilatih oleh arwah bapa untuk berdepan dengan pelbagai cabaran," katanya.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|6 Views
No Comments yet
Be the first to comment.