Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Pelakon Fasha Sandha terpaksa akur dengan jadual kerja yang padat sehingga kurang masa untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Kata Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 41, dia juga pernah terfikir untuk menamatkan kerjaya dalam dunia seni disebabkan perkara itu.
Namun minat yang mendalam terhadap dunia lakonan membuatkan dia terus bertahan.
"Kadang-kadang rasa nak berhenti berlakon sebab masa memang tidak cukup. Tetapi ini adalah minat saya," katanya.
Fasha berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis.

Menerusi video yang dikongsi, kelihatan anaknya, Aisha Amaira, menangis enggan melepaskan pelakon itu sebelum pergi bekerja.
Fasha kemudian cuba memujuk Aisha yang perlu hadir ke sesi persekolahan.
Meluahkan rasa bersalah, Fasha juga berharap dia dapat meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak.
"Ibu minta maaf kerana terlalu banyak bekerja. Ibu harap dapat luangkan masa bersama awak.
"Inilah akibat selalu keluar Subuh, anak masih tidur dan balik tengah malam dan anak sudah tidur," ujarnya.
Aisha merupakan anak hasil perkahwinan Fasha bersama aktor Aidil Aziz.
Fasha juga memiliki dua orang cahaya mata lain hasil perkahwinan terdahulu.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|160 Views
No Comments yet
Be the first to comment.