Lan Pet Pet Jumpa Fazura Mohon Maaf Atas Keterlanjuran Kata

Anggota kumpulan Senario, Lan Pet Pet bertindak bersemuka dengan pelakon Nur Fazura bagi menamatkan segala salah faham yang berlaku. 


Lan atau Mazlan Ahmad, 57, berkata apa yang diungkapkan pada sesi siaran langsung di TikTok dilakukan secara spontan, malah dia bersedia untuk menebusnya dengan membelanja Fazura makanan seperti diminta aktres tersebut.


"Faz saya minta maaf atas keterlanjuran dan saya minta maaf daripada hujung rambut hingga hujung kaki. 


"Saya rasa 'down' sangat kerana tiada niat langsung dalam hati," katanya.


Difahamkan pertemuan itu berlangsung ketika kedua-duanya menghadiri penggambaran iklan jenama Jakel pada Isnin.


Dalam video yang dimuat naik di Instagram rasmi Jakel, Fazura juga sempat menyakat Lan yang dilihat sangat menyesali dengan perbuatannya itu.


Terbuka dengan permohonan maaf tersebut, Fazura juga memaklumkan dia sudah memaafkan dengan seikhlas hati malah mahu bekerja dengan suasana yang baik.


"Tak payah hujung rambut hujung kaki, saya okay saja. Tak apalah sama-sama belajar daripada kesilapan.


"Saya  pun ada silap juga. Apa yang penting kita bekerja dengan suasana harmoni. Okay kosong-kosong ikhlas daripada hati.


"Tapi dah maafkan, takkan kosong-kosong saja, kenalah belanja pizza, keria, goreng pisang dan laksa," luahnya.


Sebelum ini, tular potongan klip siaran langsung di TikTok apabila seorang peminat bertanyakan mengenai perancangan perkahwinan Fazura.


Namun, pelakon filem Pisau Cukur itu menjelaskan bahawa buat masa ini dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal jodoh.


Bagaimanapun, soalan tersebut menarik perhatian Lan yang kemudian memberikan jawapan berunsur 'double meaning', sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen.


Difahamkan, kedua-dua artis berkenaan menghadiri sesi perjumpaan bersama peminat sempena pelancaran sebuah jenama pakaian.


Sumber: mStar



0 Comments

|

120 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content