Linda Jasmine Enggan Ulas Kenyataannya Mengenai Punca Perceraian

Guru tari profesional, Linda Jasmine memilih untuk mengunci mulut daripada mengulas kenyataannya yang mencetuskan kekecohan apabila memberi bayangan mengenai perpisahannya dengan bekas suami, Que Haidar.


Menurut Linda, 53, dia kini mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap penyertaan dalam program Talk To My Manager 2 (TTMM2) yang disertai bersama anaknya iaitu Tengku Ratu Haidar.

"Tak apa, tak ada komen apa-apa. Just pasal Talk To My Manager saja," katanya kepada mStar.

Linda berkongsi perkara itu selepas konsert minggu pertama TTMM2 yang berlangsung di Auditorium MBSA pada malam Ahad.

Ketika ditanya sama ada bekas suaminya hadir untuk memberi sokongan kepada anak mereka, Linda tetap dengan pendirian enggan mengulas lanjut.

"Saya tak tahu, no comment," ujarnya ringkas.

Sebelum ini, Linda seolah-olah memberi bayangan mengenai punca sebenar perpisahan dengan Que, dengan memaklumkan keputusan untuk bercerai dibuat demi melindungi dua anak mereka daripada perkara tidak baik.

Untuk rekod, Linda dan Que mendirikan rumah tangga pada 2009 sebelum sah bercerai pada Julai 2024.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra 


Sumber: mStar



0 Comments

|

5 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content