Lisa Surihani Harap Peroleh Haji Mabrur, Jiwa Diperbaharui

Pelakon Lisa Surihani bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji pada musim haji tahun ini.

Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed meluahkan rasa syukur apabila diberikan peluang menjadi tetamu Allah untuk melaksanakan rukun Islam kelima itu.

"Dengan rendah hati, insya-Allah saya bakal berangkat untuk menunaikan ibadah rukun Islam yang kelima.

"Perjalanan yang amat bermakna, sementara mengharap dan mendoakan agar saya dapat melaksanakan jihad ini sebaik-baiknya," katanya menerusi Instagram.

Dalam perkongsian sama, pelakon filem Legenda Budak Setan itu turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua pihak atas segala kekhilafan yang pernah dilakukan sebelum berangkat ke Tanah Suci.

"Sebelum melangkah pergi, saya dengan tulus ikhlas menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala kesilapan, tutur kata atau perbuatan yang mungkin pernah mengguris hati, sama ada sengaja atau tidak," katanya.

Lisa turut menzahirkan rasa terharu dan bersyukur terhadap individu yang menghadiahkan pelbagai kelengkapan bagi memudahkan urusan ibadah hajinya.

"Hati saya diselubungi rasa syukur buat insan-insan mulia yang sangat pemurah memberi pelbagai kelengkapan dan buah tangan untuk memudahkan urusan ibadah saya di sana.

"Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan anda dengan ganjaran yang melimpah-ruah," ujarnya.

Dalam masa sama, Lisa berharap Allah sentiasa melindungi keluarganya terutama tiga cahaya matanya sepanjang dia berada di Tanah Suci.

"Dalam menyahut panggilan suci ini, saya menyerahkan keluarga tersayang sepenuhnya di bawah jagaan dan perlindungan Allah, sebaik-baik Penjaga.

"Semoga Allah mengurniakan ketenangan dan rasa cukup dalam hati kita. Saya sayang dan rindu kalian semua," katanya lagi.

Lisa turut mendoakan agar seluruh jemaah haji tahun ini dipermudahkan segala urusan dan memperoleh haji yang mabrur.

"Bismillah, semoga Allah mengurniakan kepada saya dan seluruh jemaah lain haji yang mabrur.

"Bukan sekadar pulang dengan kelegaan, tetapi juga dengan jiwa yang diperbaharui," katanya.

Bagaimanapun, Lisa tidak menyatakan sama ada suaminya, Yusry Abdul Halim turut menunaikan ibadah haji bersamanya.

Menerusi hantaran berasingan, Lisa turut berkongsi video memaparkan Yusry bersama tiga anak mereka menghantarnya ke lokasi berkumpul jemaah haji.



0 Comments

|

33 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content