Luahan Nabila Huda Sentuh Hati, Mahu Rasai Kasih Sayang Seorang Ayah

Pelakon Nabila Huda meluahkan rasa hati apabila mengakui tersentuh melihat kemesraan hubungan antara bapa dan anak yang sering dikongsikan dalam media sosial.

Menurut Nabila, 42, setiap kali melihat momen sedemikian, dia tidak dapat mengelak daripada membayangkan bagaimana rasanya jika mempunyai hubungan serapat itu dengan seorang ayah.

"Kadang-kadang bila buka Instagram, ternampak penyanyi atau pelakon lelaki yang sudah jadi ayah, terutama artis senior yang saya ikuti.

"Melihat bagaimana manisnya hubungan mereka dengan anak, pelukan dan kasih sayang, tiba-tiba kita pula tersenyum sendiri," katanya menerusi Threads.

Tambah pelakon filem Munafik itu, melihat kasih sayang yang ditunjukkan kepada anak-anak membuatkan dirinya terdetik satu persoalan yang sukar diungkapkan.

"Adakalanya rasa lucu melihat seseorang disayangi dengan cara yang sepatutnya.
“Mampu menyentuh hati saya sehingga terlintas dalam hati, boleh tak awak jadi ayah saya juga?" ujarnya.

Luahan tersebut mengundang perhatian ramai memandangkan hubungannya dengan bapanya, Amy Search, pernah menjadi perhatian umum sejak tahun lalu.

Terdahulu, Nabila pernah mendedahkan hubungan mereka kembali bergolak dan dia sudah melakukan pelbagai usaha untuk berdamai, namun masih belum menemui jalan penyelesaian.

Sumber: Kosmo! Online



0 Comments

|

2 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content