Malaysia Bakal Raih Manfaat Projek Bekalan Elektrik Rentas Sempadan Tiga Negara

Malaysia dijangka menerima manfaat ekonomi dan teknologi menerusi projek bekalan elektrik rentas sempadan yang menghubungkan Vietnam, Malaysia dan Singapura.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, projek yang melibatkan Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu bakal membuka peluang kepada kontraktor tempatan, khususnya dalam pembangunan infrastruktur penghantaran elektrik termasuk kabel dasar laut.

Selain peluang pekerjaan, jurutera Malaysia turut berpeluang meningkatkan kepakaran dalam teknologi tenaga angin luar pesisir yang digunakan bagi menjana elektrik di Vietnam.

Projek berkenaan telah menerima kelulusan bersyarat daripada pihak berkuasa tenaga Singapura untuk mengimport sehingga 1.3 gigawatt (GW) elektrik. Kira-kira 30 peratus bekalan daripada tenaga angin Vietnam dijangka disalurkan ke Semenanjung Malaysia, manakala sebahagian besarnya dihantar ke Singapura.

Bekalan elektrik itu disasarkan bermula pada 2035, tertakluk kepada kelulusan lanjut, perjanjian pembelian tenaga dan pembiayaan projek.

Kerjasama ini juga merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh Rangkaian Kuasa ASEAN (ASEAN Power Grid) bagi meningkatkan keselamatan dan kestabilan bekalan tenaga serantau.

Sumber asal:



0 Comments

|

45 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content