Marissa Mahu Cerai, Mohon Ruang

Pempengaruh kontroversi, Marissa Dania mendakwa rumah tangga bersama suami, Ahmad Aslam dalam fasa perpisahan dengan keputusan akhir bagi kes pengesahan lafaz cerai dan rujuk di Mahkamah Syariah, adalah cerai.


Menerusi Instagram Story (IGs), Marissa memaklumkan perbicaraan kes berkaitan lafaz cerai dan rujuk rumah tangganya itu ditangguhkan kerana dia masih belum memberikan keterangan.


"Perbicaraan kes kelmarin ditangguhkan untuk sambung bicara kerana saya belum beri keterangan.


"Kami dalam proses berpisah dan keputusan akhir bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk adalah cerai," tulisnya.


Marissa turut meminta agar diberi ruang selain berharap tiada lagi kenyataan daripada mana-mana pihak berhubung kemelut rumah tangganya.


"Saya harap tiada lagi kenyataan dari mana-mana pihak. Beri saya sedikit ruang dan mohon jangan buat apa-apa andaian dan kesimpulan," tulisnya.


Kelmarin, pasangan pempengaruh, iaitu Ahmad Aslam dan Marissa Dania Hakim hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk.


Peguam syarie mewakili Ahmad Aslam, iaitu Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, dilapor berkata anak guamnya memfailkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu.


Muhammad Ammar Yaser dilapor berkata, Ahmad Aslam atau nama penuh, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 27, melafazkan lafaz cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya itu sebanyak dua kali, iaitu pada September 2024 dan rujuk pada bulan sama.


Ahmad Aslam kemudian melafazkan cerai buat kali kedua pada April tahun lalu dan pasangan itu difahamkan kembali rujuk, dua bulan kemudian.


Kemelut rumah tangga Marissa menjadi perhatian apabila dia dilapor berkahwin dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023. Menerusi perkahwinan itu, Marissa bergelar isteri kedua berikutan Ahmad Aslam masih berstatus suami kepada pempengaruh, Umisya Mazlan.


Sumber: BH Online



0 Comments

|

32 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content