Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Pelakon bertaraf antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh bakal menerima pengiktirafan berprestij apabila namanya akan diabadikan di Hollywood Walk of Fame.
Pelakon berusia 63 tahun itu akan menerima pengiktirafan berkenaan pada 18 Februari depan bertepatan dengan hari kedua sambutan Tahun Baharu Cina.
Menurut laporan Variety, majlis berprestij anjuran Dewan Perniagaan Hollywood itu akan berlangsung pada pukul 11.30 pagi waktu Pasifik.
Bagi peminat di Malaysia, detik bersejarah tersebut boleh disaksikan secara langsung pukul 3.30 pagi, 19 Februari.
Penghormatan tersebut menjadi satu lagi pencapaian gemilang dalam perjalanan seni anak kelahiran Ipoh, Perak itu selepas mencipta sejarah sebagai wanita Asia pertama memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi menerusi filem Everything Everywhere All at Once.
Sebelum ini, Dewan Perniagaan Hollywood telah menyenarai pendek nama Yeoh pada Jun 2023 untuk penghormatan berkenaan.
Sejak kejayaannya di pentas Oscar pada 2023 lalu, karier Yeoh terus mencanak di peringkat antarabangsa dengan pelbagai tawaran berprofil tinggi.
Selepas mencuri perhatian menerusi filem pecah panggung 2025, Wicked: For Good, Yeoh bakal memegang watak penting dalam dua lagi kesinambungan francais epik arahan James Cameron iaitu Avatar 4 dan Avatar 5.
Tidak hanya terhad kepada filem layar lebar, Yeoh juga akan membintangi siri terbitan Prime Video berjudul Blade Runner 2099, selain menjalinkan kerjasama yang dinanti-nantikan bersama pengarah tersohor, Sean Baker.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|140 Views
No Comments yet
Be the first to comment.