Mimi Fly Bawa Watak Bayan, PGL The Musical Kembali Dengan Konsep Baharu

Pementasan legenda Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical kembali mencuri perhatian apabila produksi mengumumkan pendekatan baharu yang lebih segar, termasuk memperkenalkan konsep 'dua Puteri dan dua Bayan' untuk edisi kali ini.

Antara yang paling mencuri tumpuan sudah tentu penyanyi Mimi Fly, yang diumumkan sebagai salah seorang pelakon bagi watak Bayan dalam produksi yang dijangka dipentaskan tahun ini.

Pengumuman itu dibuat menerusi hantaran Instagram rasmi produksi, yang menyifatkan langkah tersebut sebagai usaha menghargai legasi PGL sambil memastikan ia terus relevan untuk generasi baharu.

"Kami mahu menghargai bukan sahaja legasi PGL tetapi juga masa depannya."

"Buat pertama kalinya, dua Puteri dan dua Bayan akan melangkah ke dunia ini, satu keputusan yang dibuat dengan penuh teliti, dan dengan harapan agar watak-watak ikonik ini terus hidup untuk generasi akan datang."

Dalam perkongsian sama, watak Bayan turut diperkenalkan dengan gambaran yang lebih mendalam sebagai karakter penting dalam naratif pementasan tersebut.

"Satu kehadiran yang tenang namun penuh kekuatan. Teguh dalam kesetiaan dan jiwa yang dipilih untuk menggalas salah satu watak paling disayangi dan kekal dalam dunia PGL."

Watak Bayan dalam PGL bukan sekadar pembantu kepada Gusti Puteri, tetapi juga menjadi saksi kepada perjalanan besar yang dipenuhi cinta, pengorbanan dan takdir.

"Lebih daripada sekadar peneman, Bayan adalah saksi kepada cinta, pengorbanan, takdir dan pilihan yang mengubah segalanya."

"Bukankah di Ledang ini, segala-galanya akan abadi?"

Pementasan ini merupakan usaha menghidupkan semula karya ikonik tersebut di bawah sentuhan penerbit dan pengarah Tiara Jacquelina, yang sebelum ini turut membuka sesi uji bakat bagi mencari barisan pelakon generasi baharu.

Selain Mimi Fly, beberapa nama selebriti seperti Aisha Retno, Azira Shafinaz dan Nadia Aqilah turut pernah disebut sebagai antara calon yang berpotensi menggalas watak utama.

Dengan pendekatan baharu ini, PGL The Musical dijangka kembali ke pentas dengan nafas segar tanpa meninggalkan kekuatan cerita asal yang sudah lama menjadi legenda dalam dunia teater tanah air.

Sumber: Kosmo! Online



0 Comments

|

5 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content