Muhammad Jarir Umar, Nama Pilihan Fattah Amin Dan Amira Othman Untuk Anak Sulung

Pelakon Fattah Amin berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Amira Othman, selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada Isnin.


Menerusi satu hantaran di Instagram, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 36, memaklumkan bayi lelaki mereka dilahirkan pada pukul 6.20 petang dan diberikan nama Muhammad Jarir Umar.

“Selamat datang Muhammad Jarir Umar. Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi kami pada pukul 6.20 petang semalam (Isnin),” katanya.

Dalam perkongsian sama, pelakon itu turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran putera sulung mereka serta berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan keluarganya.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan.

“Semoga Jarir menjadi anak yang soleh penyejuk hati mommy dan daddy,” ujarnya.

Berita kelahiran tersebut mengundang ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat yang turut menzahirkan rasa gembira buat pasangan berkenaan.

Untuk rekod, Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang, Selangor.

Sebelum ini, pada 30 April lalu, Amira mengumumkan dia sedang hamil anak pertama dengan usia kandungan ketika itu mencecah 30 minggu.

Sumber: mStar



0 Comments

|

8 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content