Nabil, Fazura Okay, Ada Orang Luar Cuba Laga-Lagakan

Selebriti terkenal, Nabil Ahmad menegaskan hubungannya dengan pelakon Nur Fazura berada dalam keadaan baik meskipun timbul persepsi kurang tepat dalam kalangan netizen di media sosial.


Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 43, berkata dakwaan kononnya hubungan mereka dingin hanyalah tanggapan segelintir pihak yang mungkin cuba melaga-lagakan mereka.


Kata Nabil, dia memilih untuk tidak membaca komen di media sosial demi menjaga kesihatan mental. 


"Itu hanya persepsi orang sebab saya tiada Threads, jadi tak baca komen untuk menjaga kesihatan mental sendiri. 


"Apa yang saya dengar mereka (netizen) cuba untuk melaga-lagakan nak buat orang lain tak suka dengan kita. 


"Tapi secara realitinya bila berjumpa, hubungan kami sangat baik. Kami semua boleh bergelak ketawa dan seronok bekerja bersama," katanya.


Nabil berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu Nabila Razali, 'Tak Sabar Nak Raya' yang diadakan di Pusat Konvensyen Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Kuala Lumpur pada Rabu. 


Dalam pada itu, Nabil turut menjelaskan hubungan profesionalnya bersama Fazura tidak pernah bermasalah, malah mereka mampu bekerjasama dengan baik setiap kali terlibat dalam projek yang sama.


"Hubungan saya dengan Fazura memang sangat baik. Kami boleh bekerjasama. Saya boleh terlupa dulu kami pernah buat program sama-sama. 


"Jadi bila video program itu dimainkan semula baru saya sedar dulu kami agak rapat. Bila jumpa balik Alhamdulillah apa yang dirancangkan jadi perhatian dan diperkatakan. 


"Saya seronoklah hubungan baik kami masih boleh diteruskan dengan kerjasama ini," ujarnya.


Sementara itu, Nabil sempat mengulas mengenai hubungan antara Fazura dan aktor Que Haidar yang kini menjadi bualan ramai susulan kemunculan mereka sebagai duta jenama pakaian.


Nabil bagaimanapun tidak pasti sejauh mana hubungan yang terjalin antara mereka. 


"Mereka (Que dan Fazura) memang comel sebab kita tahu keadaan mereka berdua. 


"Bila lihat sesuatu yang 'berbunga-bunga' di set penggambaran, sebagai kawan tumpang rasa seronok. 


"Tapi sama ada hubungan mereka itu dirancang atau tidak, saya tak tahu. Cuma waktu di sebalik tabir tengok mereka nampak ikhlas," katanya. 


Dalam perkembangan lain, Nabil muncul dalam video muzik lagu raya terbaharu Nabila berjudul Tak Sabar Nak Raya yang akan dilancarkan pada Jumaat.


Sumber: mStar



0 Comments

|

104 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content