Nadia Kesuma Sudah Meninggal Dunia, Bakal Dikebumikan Di Jeddah

PELAKON Nadia Kesuma yang dilapor hilang sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada 15 Januari lalu meninggal dunia akibat sakit jantung. 


Berita duka itu disahkan anak perempuannya dikenali Myra menerusi Threads yang memaklumkan pemergian ibu tercinta. 


"Assalamualaikum semua, saya ingin memaklumkan bahawa mama saya, Nadiah Kasumawati Binti Abdul Karim telah pun kembali ke Rahmatullah pada 15 Januari lalu (Khamis) kira-kira pukul 8.05 pagi.


*Terima kasih kepada kalian yang tidak berhenti menitipkan doa buat mama. Mohon doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, diampunkan segala dosanya dan dirahmati Allah.


"Arwah meninggal disebabkan sakit jantung dan kemudiannya telah dibawa ke hospital pada hari yang sama arwah tiba di Lapangan Terbang Jeddah.


"Tiada pihak yang memaklumkan kepada kami sekeluarga tentang keadaan arwah sehinggalah malam ini pada pukul 11.10 malam. Berita tersebut disampaikan oleh Travel Agency itu sendiri," tulisnya.




Sementara itu, suami kepada pelakon Allahyarhamah, Dr. Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah menyifatkan isterinya itu seorang insan yang taat, penyayang, ikhlas dan setia. 


Muhammad Kamarul berkata, dia bersyukur apabila dapat menghantar isterinya ke destinasi terakhir yang ingin dikunjungi dan mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. 


"Semoga Allah mengurniakan keampunan kepadanya. Wahai insan tersayang, aku akan sentiasa merinduimu. 


"Aku bersyukur kerana dapat menghantar ke destinasi terakhirmu. Aku mencintaimu, insya-Allah kita akan bertemu kembali, mudah-mudahan di Jannah.


"Ya Allah, sesungguhnya kami datang daripadaMu dan kepadaMu juga kami kembali. Dia adalah seorang isteri yang taat, penyayang, ikhlas dan setia. 


"Ya Allah, Engkau telah menjanjikan syurga kepada mereka yang taat kepada suami dan mereka boleh memasukinya melalui mana-mana pintu syurga yang mereka kehendaki. Sesungguhnya, dia milikMu ya Allah. Maka sempurnakanlah janjiMu," tulisnya dalam hantaran terbaharu di Facebook miliknya. 




Difahamkan jenazah Nadia akan dikebumikan di Jeddah. 


Muhammad Kamarul akan bertolak ke Jeddah bersama anak perempuannya pagi ini.


Jenazah Nadia kini dilaporkan berada di Hospital King Fahad.


Terdahulu, Nadia atau nama sebenarnya, Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50, yang membintangi filem Syaitan Munafik dan Kudeta sebelum ini dilaporkan gagal dikesan selepas tiba di Jeddah pada Khamis ketika dalam perjalanan mengikuti pakej umrah ziarah bersama sebuah agensi.


Dia bersama jemaah lain sepatutnya meneruskan penerbangan ke London selepas transit di Jeddah selama beberapa jam.


Namun begitu, Nadia tidak muncul ketika jemaah lain berkumpul untuk meneruskan perjalanan.


Sumber: mStar



0 Comments

|

169 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content