Naim Daniel Rindu Buat Persembahan Buat Peminat Tapi Pilih 'Lowkey' Elak Jadi Bualan

Penyanyi Naim Daniel mengakui menerima banyak mesej (DM) daripada peminat yang merindui selepas lama menyepi daripada dunia hiburan susulan terlibat dalam perbicaraan kes amang seksual.


Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 29, berkata dia turut merindui untuk kembali menghiburkan peminat, namun kini lebih berhati-hati dalam memilih persembahan.


"Saya pun rindu nak buat persembahan untuk peminat. Sekarang ini saya masih aktif, cuma lebih jaga sensitiviti.


"Lagipun saya tahu kalau melibatkan acara besar, ia akan mendapat liputan meluas dan jadi buah mulut orang," katanya kepada mStar.


Naim berkongsi perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Sesyen Putrajaya pada Selasa.


Menurutnya, dia kini lebih memilih persembahan berskala kecil atau tertutup demi kebaikan semua pihak.


"Untuk kebaikan diri saya tapis dulu mana-mana persembahan yang nak dibuat. Tapi setakat ini, saya masih buat persembahan macam biasa.


"Alhamdulillah penerimaan orang masih baik, cuma saya lebih berpada-pada. Bukan tak boleh seronok, tapi kena tahu batas," ujarnya.


Dalam pada itu, Naim juga terkilan apabila nama kumpulannya, Muah! digugurkan dalam sebuah festival muzik gara-gara kesnya masih lagi dalam perbicaraan.


Pun begitu dia tetap bersyukur apabila anggota lain dalam kumpulan itu tidak terjejas memandangkan mereka mempunyai pekerjaan lain.


"Memang ada rasa terkilan, tapi kami ambil ini sebagai satu hikmah. Alhamdulillah rakan-rakan band semua ada kerjaya masing-masing dan tidak bergantung sepenuhnya kepada band sahaja.


"Kalau kata banyak yang digugurkan, ia berbeza-beza. Kebanyakannya saya ambil persembahan tertutup sahaja.


"Mereka juga datang beri sokongan hari ini," ujarnya.


Sementara itu, Naim dilihat ditemani ibu bapanya bersama kenalan yang turut memberi sokongan penuh kepada perbicaraannya. 


Sebelum ini, seramai enam orang saksi pendakwaan bakal dipanggil bagi membantu perbicaraan kes amang seksual fizikal yang berlangsung pada Selasa.


Menurut peguam bela yang mewakili Naim, Mohd Irwan Sumadi berkata, pada hari pertama prosiding, pihak pendakwaan telah memanggil seorang saksi iaitu ibu kepada mangsa yang juga pengadu dalam kes berkenaan.


Pada tahun lalu, Naim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.


Kesalahan itu didakwa berlaku pada 19 Mei tahun lalu kira-kira pukul 8.56 malam di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.


Jika sabit kesalahan, penyanyi itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan


Sumber: mStar



0 Comments

|

225 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content