"Nak Saya Pakai Jubah Masa Masak?" — Nabila Huda Bengang Asyik Dicari Salah

Pelakon Nabila Huda meluahkan rasa terkilan apabila sering menjadi sasaran kecaman netizen susulan isu pemakaiannya ketika menjayakan siri jelajah jualan makanan baru-baru ini.

Menurut Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 42, dia tidak memahami sikap segelintir pihak yang dilihat gemar mencari kesalahan dalam setiap perkara yang dilakukannya.

"Saya buat semua ini sebab gembira tengok orang datang sokong, makan dan borak bersama. Tapi pelik juga kenapa ramai sangat nak cari salah.

"Pemakaian pun jadi isu. Yang kecam ini 'expect' saya pakai jubah ke macam mana?

"Kalian sebenarnya nak apa? Kadang-kadang sedih bila benda yang dibuat dengan ikhlas dan gembira bertukar jadi bahan kecaman," katanya menerusi Threads.

Pelakon filem Libang Libu itu turut menegaskan dirinya lebih selesa menjadi diri sendiri dan enggan berpura-pura semata-mata mahu dilihat baik di mata masyarakat.

"Saya bukan hipokrit. Saya tak perlu 'fake' jadi baik, sopan atau lemah-lembut semata-mata nak orang sayang dan puji.

"Kalau tak suka, jangan ambil tahu. Jangan sibuk 'stalk' orang lepas itu buruk-burukkan pula.

"Buang rasa cemburu itu. Setiap orang ada rezeki masing-masing," ujarnya.

Dalam masa sama, Nabila atau mesra disapa Abil menjelaskan siri jelajah jualan makanan tersebut hanyalah hobi dan platform untuk berkongsi air tangan dengan para peminat.

"Ini sekadar sesuatu yang menyeronokkan. Saya nak jumpa penyokong dan beri mereka rasa masakan saya sendiri.

"Saya bukan buka restoran 'fine dining'. Saya cuma buat 'small pop up', masak sendiri, pandu sendiri dan tak sangka ramai yang sokong.

"Sejujurnya, jelajah ini bukan semata-mata nak buat duit. Setiap lokasi saya hanya jual sekitar 50 hidangan dan sos pun sekitar 150 hingga 200 botol saja.

"Saya buat semuanya dengan tenaga sendiri. Nak cakap untung besar memang tidak sebab kos minyak, tol, hotel, barang dapur dan sewa caravan empat hari sahaja sudah cecah RM2,700," katanya.

Sebelum ini, tular video memaparkan Abil sedang memasak ketika siri jelajah jualan makanannya di Melaka.

Bagaimanapun, penampilannya ketika menyediakan makanan menjadi perhatian ramai apabila ada pihak mendakwa ia tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) penyediaan makanan.


Sumber: Kosmo! Online



0 Comments

|

9 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content