Pelakon senior Namron tampil menyatakan sokongan terhadap rakan seperjuangannya iaitu Que Haidar yang kini sedang berdepan beberapa dakwaan serta spekulasi melibatkan kemelut rumah tangga.
Namron atau Shahili Abdan, 57, menyifatkan keputusan besar yang pernah diambil Que sebelum ini untuk meninggalkan dunia lakonan demi memberi tumpuan kepada keluarga adalah satu pengorbanan yang cukup besar.
"Saya berdiri teguh di belakang Que Haidar. Pernah meninggalkan kerjaya, impian dan cita-cita demi keluarga.
"Pernah merasa kehilangannya dalam dunia seni, rindu untuk melihatnya beraksi," katanya menerusi hantaran di Threads miliknya pada Selasa.
Tidak menjelaskan secara terperinci maksud hantarannya itu, namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan kenyataan terbuka yang dibuat oleh bekas isteri Que, Linda Jasmine, baru-baru ini
Bimbang rakan seninya itu kembali membawa diri, Namron berharap supaya Que kuat melalui ujian hidup itu.
"Kini ketika dia kembali untuk mengubati rindu kami, dia cuba dirampas semula dari kami.
"Tolong jangan menghilang lagi. Terus berdiri dan lawan. Jangan menyerah. Aku tahu kau kuat," ujarnya.
Sebelum ini, Linda seolah-olah memberi bayangan mengenai punca sebenar perpisahan dengan Que.
Menurut Linda, keputusan untuk bercerai itu diambil demi melindungi dua cahaya mata mereka daripada perkara yang tidak baik.
Untuk rekod, Linda dan Que mendirikan rumah tangga pada 2009 sebelum sah bercerai pada Julai 2024.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar.
0 Comments
|15 Views
No Comments yet
Be the first to comment.