*Nanti Tulis Apa Yang Betul" - Pelakon Wanita, Suami Direman Kes Tipu Jual Tanah Kurnia Kerajaan Selangor Babit RM1.5 Juta

Pelakon wanita yang pernah membintangi drama Nur dan suaminya direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, bagi membantu siasatan kes penipuan urusan penjualan tanah kurnia kerajaan negeri Selangor membabitkan kerugian RM1.5 juta.


Perintah reman terhadap pasangan masing-masing berusia lingkungan 40-an dan 30-an itu dikeluarkan Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah selepas membenarkan permohonan polis mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim, berkata penahanan dibuat susulan satu laporan polis diterima daripada seorang lelaki berusia 56 tahun yang juga pesara ahli perniagaan dalam bidang pembangunan hartanah.


Menurutnya, mangsa mendakwa ditawarkan beberapa lot tanah di Selangor termasuk di bawah Mukim Cheras yang dijanjikan berstatus tanah kurniaan kerajaan negeri.


"Pengadu berurusan dengan suspek sejak 21 September 2023 dan membuat beberapa transaksi pembayaran.


"Suspek dipercayai memberikan nombor akaun bank milik bapa serta isterinya untuk menerima bayaran bagi urusan mendapatkan lot tanah berkenaan sehingga berjumlah RM1.5 juta," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Beliau berkata, pasangan itu ditahan di sebuah premis di Jalan Kuari Sungai Long, Batu 11, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor, semalam.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu siasatan," katanya.


Terdahulu, ketika diiring keluar dari mahkamah selepas prosiding reman, pelakon berkenaan sempat berpesan kepada wakil media.


"Nanti tulis apa yang betul ya, tak sahih cerita jangan tulis. Terima kasih," katanya ringkas.


Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

108 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content