Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Selebriti terkenal, Neelofa dilihat semakin terbuka berkongsi wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal untuk tatapan umum.
Menerusi video tular di media sosial, Neelofa dikatakan tidak lagi memilih untuk menutup wajah putera tercintanya dengan 'sticker'.
Malah dalam video tersebut turut memaparkan aksi manja di antara Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 37, bersama Bilal yang sedang membaca doa.
Bilal dilihat mengikuti setiap bacaan Neelofa dengan lancar sekali gus mengundang rasa teruja dalam kalangan netizen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat wajah Bilal buat kali pertama selain memuji kecomelan kanak-kanak itu.
Difahamkan video tular itu merupakan rakaman lama namun kembali tular selepas dimuat naik oleh sebuah syarikat makanan di akaun rasmi Instagram mereka.
"Baru nampak Lofa tunjuk muka anaknya. Selama ini sentiasa blur.
"Tapi ini video lama kan sebab Bilal kecil lagi, tapi tetap comel," antara komen netizen.
Untuk rekod, Neelofa dan suami Harris, mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.
Mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Bilal, dan Abdullah Abbas.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|165 Views
No Comments yet
Be the first to comment.