Neelofa Simpan Hasrat Tunai Haji Bersama Suami, Anak-Anak

Kerinduan terhadap Tanah Suci mendorong selebriti dan usahawan popular, Neelofa menyimpan impian untuk kembali menunaikan ibadah haji bersama suami serta seluruh ahli keluarganya.

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 36, dia tidak pernah jemu menyimpan hasrat untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu berkali-kali sekiranya diberi peluang dan rezeki oleh Allah SWT.

"Rindu haji. Nak buat banyak kali kalau Allah beri rezeki dan jemput.

"Hendak buat haji dengan suami, Bilal, Abbas, mama, daddy, ibu dan ayah mentua," katanya menerusi satu hantaran dalam InstaStory.

Tambah bekas pengacara MeleTop itu, keinginan tersebut sentiasa menjadi antara doa yang tidak pernah putus dipanjatkan setiap hari.

"Sentiasa terselit dalam doa-doaku.

"Moga Allah kabulkan dengan kesempurnaan-Nya," ujarnya lagi.

Menerusi perkongsian sama, Neelofa turut memuat naik beberapa foto kenangan ketika menunaikan ibadah haji beberapa tahun lalu.

Untuk rekod, Neelofa pernah mengerjakan ibadah haji bersama beberapa ahli keluarganya pada tahun 2019.



0 Comments

|

6 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content