Netizen Dakwa Drama Kerana Cinta Itu Dusta Ada Kaitan Dengan Kontroversi 'Influencer'

Ramai penonton drama Kerana Cinta Itu Dusta yang memberikan pendapat siri itu seolah-olah mengisahkan kontroversi membabitkan pempengaruh media sosial tempatan yang berlaku sebelum ini.


Bagaimanapun, ia mungkin hanya kebetulan apatah lagi naskhah yang ditayangkan di kaca televisyen selalunya tidak ada kaitan dengan mana-mana individu.


Hangat ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3, drama tersebut membariskan pelakon hebat seperti Emma Maembong, Jazmy Juma, Azira Shafinaz dan Nazrief Nazri.


Menariknya, jalan cerita naskhah arahan Nur Ain Sharif itu dikatakan menyindir kepalsuan dalam rumah tangga dan budaya pempengaruh moden termasuk isu curang, fitnah serta beban media sosial.


Kerana Cinta Itu Dusta mengisahkan pasangan suami isteri, Sufian lakonan Jazmy dan Orked (Emma) membina perniagaan bersama dari rumah sebelum berjaya muncul sebagai pasangan 'influencer' dikenali ramai.


Namun, kebahagiaan mereka semakin pudar dengan kehadiran rakan Orked iaitu Seri (Azira). Pelbagai konflik timbul termasuk Sufian didakwa curang dengan rakan baik isteri sendiri.


Sumber: Kosmo! Online



0 Comments

|

79 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content