Pelakon Norreen Iman tampil memberi pandangan mengenai isu berat badan selepas tular satu hantaran seorang pengguna media sosial yang meminta nasihat untuk menurunkan berat badan.
Menurut Norreen, 32, individu yang berdepan masalah berat badan sering terlalu memikirkan pandangan orang lain sehingga terlupa untuk menghargai diri sendiri.
"Ya, jadi gemuk ini memang hina. Kadang sampai nak sayang diri sendiri fikir dua tiga kali sebab orang gemuk ini memang selalu sayang orang lebih dari sayang diri sendiri.
"Tapi kalau fikir pasal orang sampai sudah tak habis. Cuma anggap, kalau gemuk sampai tua, risau tidak terjaga," katanya menerusi Threads Norreen Iman.
Tambah pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu, setiap individu perlu mengutamakan kesihatan dan kebahagiaan sendiri tanpa menunggu penerimaan daripada orang lain.
"Kita sihat, kita boleh sayang diri kita dalam banyak cara.
"Tak perlu tunggu orang lain untuk buat kita bahagia," ujarnya.
Terdahulu, tular satu hantaran dalam media sosial memaparkan seorang pengguna berkongsi gambarnya sambil meminta pandangan orang ramai tentang cara menurunkan berat badan.
Komen Norreen kemudian mencuri perhatian ramai apabila dia menasihatkan individu tersebut supaya belajar menerima diri sendiri selain memberi perhatian terhadap kesihatan untuk jangka masa panjang.
0 Comments
|8 Views
No Comments yet
Be the first to comment.