Pelakon wanita yang sebelum ini direman bagi siasatan dua kes penipuan sekali lagi ditahan oleh pihak berkuasa.
Terbaharu pelakon tersebut bersama suaminya ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan membabitkan penjualan lembu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata kedua-dua mereka ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
"Untuk makluman, berkenaan pelakon dan suaminya telah ditangkap oleh BSJK IPD Dang Wangi berkaitan pelaburan dalam penjualan lembu.
"Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman," katanya.
Semalam (Ahad), melaporkan reman ke atas pelakon tersebut disambung susulan disyaki terlibat dalam penipuan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk terhadap seorang individu.
Sebelum itu Mahkamah Majistret Seremban membenarkan tahanan reman selama tiga hari terhadap pelakon wanita berkenaan bersama suaminya bagi membantu siasatan kes penipuan urusan penjualan tanah membabitkan kerugian RM1.5 juta bermula Khamis lalu.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|216 Views
No Comments yet
Be the first to comment.