Pelukan Umie Aida Penuh Makna, Hubungan Zizi Kirana Dan Yusuf Bahrin Masih Jadi Tanda Tanya

Perkongsian video yang dimuat naik pelakon Umie Aida bersama penyanyi Zizi Kirana mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.


Menerusi hantaran tersebut, Umie atau Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali, 53, dilihat memeluk Zizi dengan erat, seolah-olah cuba menenangkan hati penyanyi berkenaan.


Dalam kapsyen ringkas ditulis, Umie menjelaskan pelukan itu hadir daripada rasa kasih dan rindu terhadap Zizi.


"Dakapan sayang dan rindu. Kesayangan kami ini kan Asnimansor," katanya melalui hantaran di Instagram miliknya pada Selasa. 


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak selain menitipkan kata-kata sokongan buat Zizi.


Malah, tidak kurang juga yang masih tertanya-tanya mengenai status rumah tangga penyanyi lagu Eh itu bersama suaminya, Yusuf Bahrin.


"Seperti ada rahsia disebalik pelukan manja ini. 


"Semoga baik-baik sahaja untuk Kak Zizi yang kami sayangi. 


"Betulke sudah bercerai sebelum raya?


"Masya-Allah, yang tersirat dan tersurat," tulis netizen. 


Sebelum ini, mStar melaporkan Yusuf dan Zizi didakwa tidak menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama sekali gus mengundang pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga pasangan itu.


Menurut sumber, pasangan berkenaan dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung, namun kedua-duanya memilih untuk tidak berkongsi perkara itu secara terbuka kepada umum.


Sumber: mStar



0 Comments

|

102 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content