Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha mendedahkan dia pernah dipandang rendah serta dianggap tidak lagi memberi nilai dalam pengurusan kerjayanya suatu ketika dahulu.
Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin berkata, kenyataan itu dipercayai datang daripada pihak yang pernah menguruskan kerjaya seninya sebelum ini.
“Tidak mengapa kalau awak tak mahu kami uruskan awak lagi, sebenarnya kurang beban bagi kami,” tulisnya mengimbau kata-kata tersebut.
Daiyan berkongsi perkara itu sebagai respons terhadap satu hantaran di Threads yang meminta pengguna berkongsi ayat paling menyakitkan pernah diterima dalam hidup mereka.
Bagaimanapun, kata-kata berkenaan tidak mematahkan semangat pelantun lagu Penat itu, sebaliknya menjadi titik perubahan untuk dia bangkit dan menguruskan kerjaya sendiri.
“‘Beban’ itu kemudian menjana jutaan ringgit apabila dia mengurus dirinya sendiri dan mengendalikan syarikat pengurusannya,” katanya.
Menurut Daiyan, pengalaman pahit tersebut masih segar dalam ingatan walaupun sudah hampir 10 tahun berlalu dan menjadi antara detik penting yang membentuk dirinya hari ini.
“Hampir 10 tahun lalu dan masih segar dalam ingatan saya,” ujarnya.
0 Comments
|3 Views
No Comments yet
Be the first to comment.