Pernah Dilamar Suami Orang, Dina Nadzir Letak Syarat

PENYANYI dan penyampai radio Dina Nadzir mendedahkan dia pernah menerima lamaran daripada lelaki berstatus suami orang, namun menolak pelawaan tersebut kerana enggan terlibat dalam hubungan yang disembunyikan.

Menurut Dina atau nama sebenarnya Faradina Mohd. Nadzir, 41, dia tidak pernah melihat poligami sebagai sesuatu yang negatif, asalkan ia dilakukan secara jujur dan terbuka kepada semua pihak.

“Mungkin ramai tak setuju, tetapi bagi saya kalau jodoh datang sebagai isteri kedua, ketiga atau keempat sekali pun, saya tidak ada masalah.

“Cuma satu syarat saya, semuanya mesti dilakukan secara telus,” katanya dalam sebuah program audio siar.

Pelantun lagu Malu Tapi Mahu itu berkata, dia pernah didekati lelaki yang mahu menjadikannya isteri kedua dan ketiga, namun hubungan tersebut tidak diteruskan apabila lelaki berkenaan enggan memperkenalkannya kepada isteri sedia ada.

“Saya minta dia kenalkan saya kepada isteri pertama terlebih dahulu. Tetapi dia tak mahu dan suruh kami berkahwin dahulu sebelum berjumpa.

“Bila jadi begitu, saya terus menolak,” ujarnya.

Tambah Dina, dia bukan individu yang gemar menyembunyikan sesuatu kerana percaya kejujuran adalah asas utama dalam setiap hubungan.

“Kalau orang tanya sesuatu, saya akan jawab terus terang. Saya memang tak pandai menipu.

“Sebab itu saya tak boleh terima hubungan yang perlu disorok atau dilakukan di belakang orang lain,” katanya.

Dalam masa sama, Dina menegaskan dia sentiasa menjaga batas pergaulan terutama apabila berurusan dengan lelaki yang sudah berkahwin.

“Saya tak akan ganggu rumah tangga orang. Kalau berkawan dengan seorang lelaki beristeri, saya juga mahu kenal isterinya.

“Itu prinsip yang saya pegang sejak dulu,” jelasnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memuji kematangan Dina dalam mengendalikan isu poligami dan hubungan berkeluarga.


Sumber: Kosmo! Online



0 Comments

|

6 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content