Puteri Balqis 'Bengang', Jenama Kosmetik Tak Buat Bayaran Ikut Kontrak

Pelakon, Puteri Balqis tampil bersuara menuntut bayaran tertunggak daripada salah sebuah jenama kosmetik yang didakwa masih gagal melunaskan tanggungjawab yang dijanjikan.


Menerusi pendedahan Instastory, Balqis turut memuatnaik tangkap layar perbualan antara pihak berkenaan dengan pengurusnya di WhatsApp yang menyatakan masih belum menerima bayaran seperti yang dijanjikan.


Tambahnya lagi, pihak terlibat turut meminta pengurusnya untuk tidak membatalkan kolaborasi tersebut selain sentiasa memberikan pelbagai alasan setiap kali ditanya mengenai pembayaran.


"Awak secara peribadi hubungi pengurus saya untuk tidak batalkan kolaborasi ini. Anda janjikan bayaran sebelum Tahun Baru, namun tidak henti memberikan alasan," tulis Puteri.


Jelas aktres tersebut lagi, perjanjian yang dimeterai menyatakan bayaran akan diterima sebelum penggambaran, namun sehingga kini Balqis bagaimanapun masih belum menerima wang tersebut.




"Perjanjian menyatakan bayaran adalah sebelum shoot, sementara itu kami test produk terlebih dahulu.


"Kami sudah mencuba produk itu, mana bayarannya? In proper English, this is called: promises made by brands that rely heavily on manipulation.


"In Malay, we say: Puk*amak punya brand Cina," tambah Puteri Balqis.


Selain Puteri Balqis, aktor Raja Atiq sebelum ini turut mendedahkan membuat tuntutan bayaran tertunggak daripada sebuah syarikat terkenal yang didakwa gagal melunaskan tanggungjawab walaupun telah menandatangani kontrak.


Sumber: Murai



0 Comments

|

140 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content