Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Pelakon Puteri Sarah Liyana menyokong tindakan seorang pengguna di Threads yang dipercayai mencari jurusolek untuk ke mahkamah bagi urusan perceraian bersama suami.
Kata Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 41, ketika melalui proses perceraian dengan Syamsul Yusof sebelum ini, dia memilih untuk tampil berwarna-warni dan tidak terikat dengan pemakaian warna hitam semata-mata.
"Suka, masa saya dulu rasa tak mahu pakai baju warna hitam, pakai cermin mata hitam untuk apa?
"Setiap hari saya pakai baju warna putih, merah jambu, kuning dan mekap ringan," katanya.
Terdahulu, seorang pengguna Threads mencuri perhatian ramai apabila meminta cadangan jurusolek serta gaya pakaian yang sesuai untuk hadir ke mahkamah bagi urusan perceraian.
"Tolong cadangkan MUA (jurusolek) yang boleh mekapkan saya nak pergi mahkamah. Takkan nak nikah saja lawa, bercerai pun kena lawa.
"Cadangkan juga pakaian macam mana nak pakai nanti," tulisnya.
Untuk rekod, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014, namun pasangan ini sah bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 9, dan Sumayyah, 7 tahun.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|65 Views
No Comments yet
Be the first to comment.