Riena Diana Sambut Hari Jadi Keith Foo, Kagum Cara Teman Lelaki Layan Anak

Hantaran pelakon, Riena Diana yang berkongsi momen bahagia bersama kekasihnya, Keith Foo dan anak, Skylar mencuri perhatian ramai.


Menerusi hantaran di Instagram, Riena meraikan hari lahir kekasihnya itu dengan mengadakan sebuah majlis makan malam yang tenang dan lebih privasi.


Menurut Riena, pilihan itu dibuat kerana dia sangat memahami keutamaan Keith yang sentiasa mendahulukan anak perempuannya, Skylar.


"Saya tahu betapa dalam kasih sayang awak buat Sky, sebab itu malam tadi saya pilih sambutan yang ringkas tapi penuh makna.


"Cukup sekadar makan malam yang tenang untuk awak dan 'dunia kecil' awak," katanya.


Riena turut meluahkan rasa kagum terhadap sifat penyayang yang dimiliki oleh Keith. 


Jelas pelakon Kampung People ini lagi, melihat cara lelaki itu melayani dan menyayangi anaknya adalah salah satu sebab mengapa dia menghormati dan mengaguminya.


"Kasih sayang seperti inilah yang menjadi antara sebab kenapa saya sangat kagum dengan awak.


"Sentiasa bersyukur dapat melihat sendiri ketulusan hati awak. Selamat hari lahir, sayang!" ujarnya lagi.


Sumber: Oh Bulan!



0 Comments

|

161 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content