Rita Rudaini Nekad Tuntut Nafkah Anak

Pelakon Rita Rudaini tidak pernah lupa untuk mengumpul bukti bagi menuntut hak nafkah dua anaknya yang didakwa masih belum dilunaskan oleh bekas suami.


Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, berkata dia tidak pernah alpa menyimpan segala rekod pembayaran sebagai bukti tuntutan tersebut.


"Saya pun banyak dah kumpul, memang banyaklah. Sesen duit anak-anak memang aku kutip hutang sampai licin segala bulu. 


"Tunggu waktu kemuncak kakak muncul. Bila? Tunggu!," katanya menerusi hantaran di Threads.


Dalam hantaran itu, Rita turut memuat naik semula kisah seorang anak yang menuntut nafkah tertunggak daripada bapanya sebagai peringatan kepada ibu tunggal.


Tambah pelakon itu, buat masa ini dia memilih untuk berdiam diri dan memberi ruang kepada individu yang didakwa menganiaya anak-anaknya menikmati kehidupan mereka sebelum mengambil tindakan lanjut.


Menurut Rita, dia juga tidak akan memaafkan mana-mana pihak yang terlibat atau bersubahat dalam menzalimi dirinya dan anak-anak.


"Sekarang bagi mereka seronok dulu dengan Allah. Mana boleh tipu sejarah dulu-dulu yang terlibat, bersubahat, menyokong dan aniaya kami anak beranak pun saya tak pernah maafkan dunia dan akhirat. Janji Allah itu pasti," luahnya.


Untuk rekod, Rita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan pada 2008 namun sah bercerai pada 2013.


Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Rayyan, 17, dan Arjuna yang kini berusia 15 tahun.


Sumber: mStar



0 Comments

|

141 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content