Rumah Ibadat Dijadikan Stor Dadah, Polis Rampas RM16.2 Juta, Lapan Ditahan

Polis membongkar kegiatan penyimpanan dadah di sebuah rumah ibadat tidak berdaftar di Klang, Selangor, yang dipercayai dijadikan stor oleh sindiket pengedaran dadah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, penemuan itu susulan penahanan seorang lelaki yang bekerja sambilan di premis berkenaan. Rumah ibadat tersebut merupakan antara empat lokasi yang diserbu dalam lima operasi berasingan pada 13 hingga 19 Oktober lalu.

Operasi membabitkan empat sindiket berbeza itu membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM16.2 juta, termasuk ganja, ketamin, ekstasi dan heroin.

Seramai lapan individu, terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita termasuk empat warga asing berusia antara 19 hingga 48 tahun, ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis percaya bekalan dadah diperoleh dari negara jiran untuk pasaran tempatan dan antarabangsa, manakala siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti kemungkinan penglibatan kumpulan kongsi gelap.

Sumber asal:



0 Comments

|

36 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content