Rumah Tangga Gagal Dua Kali, Along Cham Tak Trauma

"Sekarang ini saya rasa lega dan tenang." Demikian luahan pelawak dan pelakon, Along Cham yang mengakui kehidupannya kini lebih stabil tanpa sebarang tekanan selepas melalui kegagalan rumah tangga buat kali kedua.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 43, berkata fasa duka yang dilaluinya itu tidak meninggalkan kesan trauma, sebaliknya menjadi ruang terbaik untuk dia bermuhasabah diri terhadap setiap keputusan yang pernah diambil sebelum ini.

"Apabila berada dalam rumah tangga ini, siapa pun berkahwin bukan untuk bercerai tetapi perkara hendak jadi juga. Trauma itu tidak, cuma perkara ini buatkan saya terfikir balik, saya buat keputusan yang salah ke ini?

"Sedangkan ketika saya menjadi bapa tunggal, semuanya okay saja termasuk pekerjaan dan uruskan anak dengan bantuan keluarga. Sekarang ini, kalau orang mahu label saya macam-macam, saya tetap akan teruskan hidup," katanya ketika ditemui pada sidang media The Rayhan di Top G Coffee & Cafe, di sini, semalam.

Mengulas mengenai perasaannya, pelakon filem Adnan Sempit itu menegaskan dia tidak menyimpan dendam dan memilih untuk menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT. Walaupun pada awalnya terkilan diuji pada usia 40-an, Along kini lebih memilih untuk reda.

Along turut berkongsi bahawa dia tidak pernah menutup pintu hati untuk mengenali wanita lain, namun mengakui kesilapan lalu yang membuat keputusan terlalu pantas dalam memilih pasangan menjadi pengajaran bermakna.

"Saya terbuka dan tidak serik untuk mengenali orang baharu cuma perlu lebih berhati-hati. Sebelum ini saya ambil keputusan agak cepat kerana kami kenal beberapa bulan saja. Mungkin selepas ini perlu kenal betul-betul dahulu sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.

Untuk rekod, Along sah bercerai talak satu dengan isterinya, Afreena Suhaimi, 33, di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Disember tahun lalu selepas setahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu berkahwin pada 4 April 2024.

Ini adalah perkahwinan kedua Along selepas berpisah dengan penyanyi, Zila Seeron pada 2016. Hasil perkahwinan pertama, Along mempunyai seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14.

Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

40 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content