“Saya Buat Bariatrik Demi Sihat, Bukan Nak Cepat Kurus” - Noraniza Idris

Penyanyi Noraniza Idris berkongsi perkembangan terkininya selepas genap 10 hari menjalani pembedahan bariatrik demi memulakan kehidupan yang lebih sihat dan teratur.

Noraniza, 58, berkata keputusan melakukan prosedur tersebut bukan kerana mahu tampil kurus atau mengejar kecantikan semata-mata, sebaliknya lebih kepada faktor kesihatan diri.

"Saya jalani pembedahan bariatrik bukan sebab nak cepat kurus atau cantik semata-mata, tetapi demi kesihatan dan untuk mendisiplinkan diri menjalani gaya hidup lebih sihat.

"Sebelum ini saya jenis makan tak ikut waktu. Bila fokus siapkan kertas kerja program CSR, saya boleh duduk bekerja dari pagi sampai ke pagi tanpa henti," katanya kepada mStar.

Menurut pelantun lagu Dikir Puteri itu, rutin harian yang tidak teratur menyebabkan pemakanan dan waktu rehatnya sering terabai.

"Pemakanan memang tak terjaga, rehat pun tak cukup. Sekarang saya paksa diri tidur awal dan setakat ini berat badan sudah turun sekitar tiga hingga empat kilogram," ujarnya.

Meskipun masih dalam tempoh pemulihan dan hanya bergantung kepada susu sebagai sumber makanan, Noraniza tetap menggagahkan diri memenuhi komitmen nyanyian di Perlis baru-baru ini.

"Kalau ikutkan doktor memang tak galakkan sebab proses pemulihan perlukan rehat secukupnya dan pengambilan ubat yang teratur.

"Tetapi pada hari ketujuh saya cuba buat latihan vokal sendiri dan Alhamdulillah, saya rasa banyak perubahan terutama pada suara saya," katanya.

Dalam masa sama, Noraniza meluahkan rasa syukur apabila pembedahan tersebut turut memberi kesan positif terhadap masalah vokal yang dialaminya sejak enam tahun lalu.

"Hampir setiap hari sebelum ini saya kena buat latihan memanaskan suara lama-lama hanya untuk menyanyi dengan selesa sampai kadang-kadang rasa malas nak terima tawaran persembahan.

"Tapi pada hari kelapan selepas pembedahan, saya rasa lebih mudah menyanyi dan suara pun lebih selesa keluar.

"Hari ini saya mula yakin semula dengan vokal sendiri dan rasa sudah tiba masanya untuk kembali fokus kepada kerjaya seni," ujarnya.

Tambah Noraniza, dia kini mahu kembali aktif dalam bidang nyanyian selepas terlalu lama memberi tumpuan terhadap kerja-kerja kebajikan dan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Sumber: mStar



0 Comments

|

5 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content