"Saya Diva Yang Bertauliah" - Berat Badan Naik, Diana Danielle Tolak Kurus Guna Jalan Singkat

Penyanyi dan pelakon, Diana Danielle, 35, mendedahkan dia menerima pelbagai label yang negatif selepas dua tahun fizikal berat badannya semakin meningkat.


Menerusi hantarannya di Instagram, Diana mendedahkan dia pernah dituduh mengandung, kemurungan, malah ada yang melabelnya sudah tidak relevan dalam industri seni gara-gara kelihatan lebih 'chubby'.


"Sepanjang dua tahun saya naik badan, macam-macam label orang bagi. Ada yang kata, saya mengandung, ada yang cakap saya dah kurang relevan, kemurungan, macam-macam cerita. Ada juga yang suka, sebab katanya tak pernah tengok saya 'chubby' sebelum ini," tulisnya di ruangan kapsyen.


Meskipun menerima pelbagai saranan termasuk penggunaan ubat dan tawaran pembedahan bariatrik (potong usus) daripada doktor, Diana nekad menolak semua jalan singkat tersebut.


"Kalau betul saya makan hati dan terganggu dengan apa yang orang cakap, secara jujurnya saya dah lama kurus. Cara ada. Pilihan pun banyak.


"Ramai syorkan saya untuk cuba ubat Ozempic, ada doktor siap tawarkan saya untuk buat bariatrik, tapi saya tolak sebab sebagai seorang 'diva' yang bertauliah, saya tak akan menggunakan jalan pintas," tulisnya.




Bagi Diana atau pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson berat badannya naik adalah disebabkan gaya hidupnya dan sikap yang tidak suka bersenam.


"Kenapa? Sebab saya tahu, ini adalah isu gaya hidup. Saya suka makan. Dan ya, saya memang tak suka bersenam. Jadi, kalau saya tak ubah cara saya ni, sama juga!," tulisnya lagi.


Diana turut berkata, satu-satunya sebab dia akur untuk menurunkan berat badan adalah disebabkan filemnya yang terbaharu memerlukan dia menurunkan berat badan.


"Sekarang ini, satu-satunya sebab ialah, saya akur kerana ada filem baharu yang akan datang memerlukan saya untuk turunkan berat badan. Nama pun tanggungjawab. Lagipun, badan berat-berat ini sakit lutut!," tulisnya.


Terdahulu, Diana membuat hantaran video dan gambar yang menunjukkan dia bercuti bersama anak-anaknya di Maldives.


Menjengah ke dalam ruangan komen di hantaran itu, ada segelintir netizen yang mahukan Diana lebih kurus, malah, ada juga netizen yang suka melihat Diana kelihatan lebih berisi seperti sekarang.


"Berisi dia tanda bahagia.


"Satu perkara yang saya boleh cakap, itulah kebahagiaan," tulis warganet. 


Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

142 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content