"Saya Hanya Manusia Biasa" - Nabila Razali Jawab Isu Tudung Singkat

"Saya hanya manusia biasa dan masih mencuba untuk memperbaiki diri."


Demikian reaksi penyanyi, Nabila Razali, 34, berhubung kritikan segelintir pihak yang kurang senang dengan gaya penampilannya yang didakwa semakin berbeza termasuklah mengenakan tudung singkat dan berbaju jarang, baru-baru ini.


Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali berkata, setiap pemilihan fesyen yang digayakannya bagi memenuhi tuntutan konsep muzik serta karya terbaharu yang ingin diketengahkan.


"Saya agak berhati-hati bila menjawab soalan ini kerana takut disalah tafsir. Sebagai anak seni, saya sentiasa berkarya dari segi muzik, fesyen dan penampilan mengikut lagu-lagu yang dikeluarkan," katanya.


Nabila yang ditemui pada rakaman program Melodi Raya di Saloma Kuala Lumpur, malam tadi, menjelaskan imej itu dipilih khas bagi menyesuaikan dengan 'vibes' retro lagu raya terbaharunya berjudul Tak Sabar Nak Raya.


"Kali ini saya ikut konsep retro sedikit sebab lagu raya itu ada elemen berkenaan. Saya ikut konsep muzik, tapi tidak bermaksud saya mengetepikan perkara yang salah," katanya.


Ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata, dia tidak bertindak sendirian, sebaliknya setiap penampilan akan melalui perbincangan teliti bersama pasukannya.


"Tentunya saya ada rujukan tersendiri setiap kali mahu tampil dengan sesuatu penampilan. Saya dan pasukan akan menilai sama ada ia bersesuaian atau sebaliknya.


"Alhamdulillah, semuanya saya suka dan ia kena dengan gaya lagu. Bahkan, penari saya pun tampil sedondon," katanya.


Dalam pada itu, penyanyi lagu Peluang Kedua itu memohon orang ramai agar terus memberikan ruang buatnya untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.


"Insya-Allah, saya akan perbaiki lagi. Tapi buat masa sekarang, nikmati sahaja lagu Tak Sabar Nak Raya. Selepas ini akan ada lagu dan penampilan baharu pula," katanya.


Sumber: Harian Metro



0 Comments

|

227 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content