"Saya Masih Solo" - Idan Aedan Nafi Dakwaan 'Check-In' Dengan Kekasih Orang

Pelakon muda, Idan Aedan tampil menjelaskan dakwaan yang mengaitkannya dengan seorang wanita berstatus kekasih orang sehingga mencetuskan spekulasi hangat dalam media sosial.

Menurut Idan atau nama sebenarnya Muhammad Shahidan Abdullah, 21, dia memilih untuk tidak melayan tuduhan tersebut secara terbuka, sebaliknya menyerahkan perkara berkenaan kepada peguam kerana melibatkan fitnah yang boleh menjejaskan reputasinya.

"Sejujurnya, ini kali pertama saya berdepan situasi seperti ini. Tetapi saya anggap ini pengalaman untuk memahami bagaimana rasanya dibenci.

"Saya tahu apa kebenaran, keluarga saya juga tahu. Walaupun ada rakaman disunting seolah-olah hanya saya berada di situ, hakikatnya keluarga saya turut ada bersama.

"Saya pilih untuk diam dan kekal profesional. Kami juga sudah serahkan perkara ini kepada peguam kerana ini melibatkan fitnah dan boleh menjejaskan nama saya dalam industri," katanya kepada Kosmo! Online.

Mengulas hubungannya dengan wanita yang dikaitkan dengannya, pelakon filem Abah Saya Uncle Mike itu menegaskan mereka hanya berkawan dan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

"Hubungan kami hanya sebagai rakan. Kami rapat sebagai satu kumpulan pelakon dan saya layan semua sama sahaja.

"Saya tidak rasa perlu jelaskan lebih lanjut kerana kami semua hanya kawan.

"Saya masih solo. Sudah lama tidak bercinta. Saya fokus kerja sahaja buat masa ini," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Kacau.

Dalam masa sama, Idan menganggap kontroversi tersebut sebagai sebahagian daripada cabaran yang perlu dihadapi sebagai anak seni.

"Apa yang saya faham dalam industri ini, bila seseorang berada di tempat tertentu atau sedang melalui fasa baik, pasti ada pihak cuba mencari salah.

"Walaupun kita buat yang terbaik, tetap akan ada suara sumbang. Jadi saya terima perkara ini sebagai satu ujian dan sebahagian perjalanan saya dalam industri," katanya.

Sebelum ini, tular dakwaan seorang individu yang mendakwa teman wanitanya 'check-in' hotel bersama Idan sehingga mencetuskan pelbagai persepsi dalam kalangan netizen.

Dalam perkembangan lain, Idan kini sedang mempromosikan filem seram Kacau arahan Muzzamer Rahman yang dijadualkan menemui penonton selepas selesai proses pascaproduksi.

Sumber: Kosmo! Online



0 Comments

|

8 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content