Copyright © 2025 The WayanG
. All rights reserved.
Pelakon Ozlynn tampil berkongsi kisah di sebalik bantuannya terhadap sahabat baiknya, Azar Azmi, selepas perkara tersebut mendapat perhatian ramai.
Menurut Ozlynn, 45, bantuan yang diberikan bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya lahir daripada rasa tanggungjawab sebagai insan yang pernah melalui fasa kehidupan yang sukar.
"Saya tolong bukan sebab nak tunjuk kita kaya atau apa. Sebagai hamba Allah yang pernah rasa kesusahan, saya rasa menjadi tanggungjawab untuk membantu.
"Bukan sebab dia Azar Azmi saja. Sesiapa pun kalau saya ada rezeki lebih, memang saya akan kongsi.
"Saya dapat beribu DM sejak zaman Covid-19 sampai sekarang. Demi Allah, kalau ada rezeki memang saya akan bantu," katanya kepada mStar.
Dalam masa sama, Ozlynn mengakui kurang selesa untuk terlalu memperbesarkan perkara tersebut kerana mahu Azar menjalani kehidupan dengan tenang tanpa perlu terus mengingati ujian lama yang pernah dilaluinya.
"Sebenarnya kalau boleh saya tak nak cakap pasal perkara ini.
"Saya nak dia tenang dan gembira dengan kehidupan dia sekarang.
"Itu ujian untuk dia dan setiap manusia ada ujian masing-masing," katanya.
Pelakon itu juga memilih untuk menjaga aib dan maruah sahabatnya walaupun mengetahui sebahagian kisah kehidupan Azar.
"Saya perlu jaga harga diri seorang sahabat, aib dan maruah dia sebab saya sendiri pun tak suka orang bercerita pasal saya.
"Tapi bila dia sendiri berkongsi, itu cerita dia. Saya tak mahu apa yang saya cakap beri kesan lain.
"Kami kembali berhubung selepas saya baca mengenai kisah dia. Ada satu ketika dia terus hilang sehinggalah suatu hari dia hubungi saya.
"Saya memang tak jawab nombor tak dikenali, jadi mula-mula saya abaikan. Lepas dia WhatsApp dan beritahu nama dia, terus saya hubungi dan kami buat panggilan video. Dari situlah bermula segala perkongsian," ujarnya.
Sebelum ini, Azar dalam sebuah podcast mendedahkan Ozlynn merupakan antara individu terawal yang tampil membantu ketika dia melalui fasa sukar dalam hidup.
Azar turut menyifatkan Ozlynn sebagai sahabat yang sangat memahami selain pernah menghulurkan bantuan zakat bagi membolehkannya membeli keperluan anak-anak.
Sumber: mStar
Sort
Ad Slot Available
This Space is Reserved for Advertisements
0 Comments
|9 Views
No Comments yet
Be the first to comment.