“Saya Tak Dapat RM200,000, Tapi Dapat Malu” - Norish Karman

Pelakon Norish Karman meluahkan rasa terkilan apabila namanya sekali lagi menjadi perhatian susulan dakwaan kononnya dia menerima bayaran RM200,000 menerusi sesi siaran langsung bersama seorang figura terkenal dalam dunia perniagaan.

Menurut Norish, dakwaan tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada dirinya, malah anak-anak turut menerima tempias apabila dihina dan dikecam netizen.

"Saya tak dapat pun RM200,000 itu tapi dapat malu. Bukan saja saya, anak-anak turut dicaci," katanya.

Menerusi podcast berkenaan, Norish turut menjelaskan kehadiran dia dan anak-anak dalam sesi siaran langsung tersebut hanyalah atas urusan kerja selain menerima bayaran berdasarkan usaha mereka.

Sebagai seorang ibu, Norish berkata dia hanya mahu memberikan kehidupan lebih baik buat anak-anak termasuk menyediakan kemudahan untuk mereka bergerak dan berniaga.

Dalam masa sama, pelakon drama Spa Q itu menegaskan keluarganya masih menjalani kehidupan sederhana dan tidak memiliki kemewahan seperti disangka sesetengah pihak.

"Kami tidak ada kereta mahal. Kereta saya kalau bawa memang bunyi macam-macam. Tapi saya okey, saya tidak malu," ujarnya lagi.

Tambah Norish, perkongsiannya bukan bertujuan meraih simpati, sebaliknya mahu memberi inspirasi kepada orang ramai agar terus kuat meneruskan kehidupan walaupun berdepan pelbagai kesusahan.


Sumber: Beautifulnara



0 Comments

|

6 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content