“Sekarang Masa Terbaik Untuk Pemuzik Ke Hadapan” – Kaka Azraff

Penyanyi Kaka Azraff menyeru penggiat seni tempatan supaya bijak merebut peluang daripada gelombang gerakan Maka Kami yang kini semakin mendapat perhatian masyarakat.

Gerakan yang membawa mesej menyokong produk tempatan itu bukan sahaja melibatkan barangan pengguna, malah turut membuka ruang kepada industri kreatif seperti muzik dan perfileman.

Menurut Kaka, sambutan positif masyarakat terhadap produk tempatan wajar dimanfaatkan oleh pemuzik untuk memperkenalkan karya dan mempromosikan persembahan mereka melalui media sosial.

Penyanyi lagu Gila itu turut gembira melihat semakin ramai artis bebas dan pemuzik muda tampil lebih aktif mengetengahkan bakat masing-masing. Baginya, keterbukaan pendengar terhadap pelbagai genre muzik merupakan perkembangan yang baik untuk industri.

Dalam masa sama, Kaka mengakui pengaruh artis terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza mampu membantu memperkenalkan semula irama tradisional kepada generasi muda. Namun, usaha memartabatkan muzik warisan perlu diteruskan secara konsisten dan tidak hanya bergantung kepada populariti seseorang artis.

Sumber asal:



0 Comments

|

16 Views

No Comments yet

Be the first to comment.

All Comments

Sort

  • Newest
  • Oldest
  • Most Liked

Please Login First!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

x

COMING SOON

Be the first to try it when it launches. Stay connected!

Loading ...

The WayanG

Preparing your cultural journey...

Please wait while we load all content